Korang ada parut? Parut ni adalah sesuatu perkara yang seorang individu nak sorok daripada dilihat mana-mana orang kat luar sana. Kalau parut di badan mungkin boleh sembunyi dengan baju, tapi macam mana pulak parut di muka?
Menerusi perkongsian seorang gadis di Twitter, dia telah meluahkan rasa sedihnya akan parut besar yang dimiliki pada wajah.
“Tak dilahirkan berparut, tapi atas takdir Tuhan aku dapat ia dari kemalangan. Aku benci diri aku sekarang… ramai degrade sebab aku ada parut”
Menurut gadis bernama Juliana ini, dia pada asalnya dilahirkan dengan wajah sempurna tanpa sebarang parut. Tapi akibat daripada satu kemalangan, wajahnya berubah dan ramai yang merendah-rendahkannya hanya kerana parut di dagu itu.

“Chill sis, awak tetap cantik even berparut”
Meskipun Juliana sedih sebab wajahnya nampak dah ‘tak cantik’ sebab parut tu, rupanya ramai netizen juga berkongsi kesedihan yang sama. Netizen yang lain beri semangat padanya dengan berkongsi sama gambar parut-parut mereka tak kiralah sama ada di tangan, kaki dan wajah.
Bagi mereka ia dipanggil ‘battle scars’ dan bukannya parut yang menyakitkan.

“Muka macam ni pun tak bersyukur, patut kena accident dulu biar terseret muka”
Bila ada memuji, pasti ada yang mengeji. Agak mengejutkan bila ada di kalangan netizen yang mengutuk keadaan wajah Juliana dengan mengatakan yang dia tidak reti bersyukur. Parut yang dimilikinya itu tidak sebesar mana dan wajahnya juga masih kelihatan cantik.
Tapi bagi admin, kata-kata netizen ni sangat keterlaluan dan macam menghina si mangsa pulak. Sudahlah mangsa ni dalam kesedihan. Toksiknyaaaa perangai!

Apa-apapun admin harap mereka yang mempunyai kesan parut ni janganlah merasa rendah diri atau dihina oleh orang kat luar sana. Stay strong kerana kita semua unik dan cantik in our own way. Abaikanlah kata-kata mereka yang busuk tu!