Pelakon yang kini namanya sedang meningkat naik Amelia Henderson telah berjaya menangguhkan permohonan maaf serta bayaran ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi, A Aida Production, berkenaan isu pelanggaran kontrak sebuah drama.
Hakim Mahkamah Sesyen memberikan keputusan tersebut ketika prosiding yang diadakan secara online.
“Mahkamah gunakan budi bicara dan benarkan permohonan penggantungan perintah permohonan maaf secara terbuka serta yang menghendaki penghapusan video daripada akaun Instagram defendan (Amelia).
Bagi perintah bayaran, mahkamah benarkan penggantungan, namun memerintahkan bayaran bagi jumlah penuh penghakiman dimasukkan ke dalam akaun simpanan yang diuruskan secara bersama peguam kedua-dua pihak,” katanya.
@imyourdaisyyy ” Bukan i sorang je. Mak saya ” Ame ?? #ameliahenderson #aedyamelia #aemelia #ameliath #fyp
Dalam laporan Berita Harian, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson berkata dia sedar ramai yang merasakan dirinya degil kerana ingin terus mempertahankan dirinya namun dia menyangkal perkara itu dan hanya mahu apa yang terbaik buat kariernya.
“Kalau orang lain, saya rasa mungkin mereka tidak akan memilih jalan ini (tindakan undang-undang). Saya sendiri pun tak pernah membayangkan akan berdepan situasi ini.
Bayangkan selama 27 tahun saya terbabit dalam industri sejak berusia 10 bulan, tempoh dilalui sangat lama. Jadi, tentulah saya sayangkan karier yang sepenuh jiwa saya serahkan,” katanya dengan sebak.
Pun begitu, pelakon yang berusia 28 tahun itu mengakui terkesan dengan isu ini tetapi masih percaya bahawa segala rezeki itu bukan datang dari manusia sebaliknya daripada Tuhan.
Menurutnya, dia akan sentiasa bersikap positif serta melakukan sehabis baik bagi mempertahankan karier yang telah dibina seumur hidupnya.
Harap ada jalan yang terbaik buat kedua-dua pihak…
Baca: “Saya rasa saya buat benda betul” – Amelia Henderson Bakal Kemukakan Rayuan