Sejak pagi tadi, kecoh isu status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dikatakan boleh mula disemak pada hari ini.
Bayaran Fasa 1 yang bermula hari ini itu boleh mula disemak melalui portal rasmi MyBKM. Bagi bayaran kategori bujang, mereka akan menerima bantuan sejumlah RM350 secara keseluruhannya.
Pun begitu, ramai yang telah meluahkan rasa kecewa dengan keputusan permohonan mereka kerana rata-rata kebanyakannya tidak lulus. Disebabkan itu, ramai yang mempersoal punca permohonan mereka ditolak.
Oleh sebab hal ini telah kecoh diperbualkan di media sosial, satu perkongsian berkaitan isu ini telah pun dimuat naik dan didakwa sedikit sebanyak menjawab persoalan ramai.
baru lepas call LHDN tanya kenapa tak lulus BKM untuk bujang tu. diorang cakap “sekiranya diorang detect korang student, so automatic akan gagal and tidak lulus” so yang mana yang student tu, harap bertabah ye. maybe ada rezeki lain tu. #husnudzon #bkm2022
— Jemy (@khrlazmiii) March 28, 2022
Menurut pemilik akaun Twitter @khrlazmiii ini, dia telah pun menghubungi bahagian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi bertanyakan tentang isu ini dan jawapan yang diberikan oleh pihak LHDN adalah disebabkan oleh status ‘pelajar’ yang dipegang oleh para pemohon.
“Sekiranya dorang detect korang student, so automatic akan gagal and tidak lulus”
Tambahnya lagi, sekiranya pihak LHDN dapat mengenal pasti data pemohon (nombor kad pengenalan) berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), maka permohonan tersebut secara automatik tidak lulus kerana pelajar tidak layak memohon bagi sesi kali ini.
Di samping itu, ada juga yang berspekulasi bahawa akan ada insentif lain yang akan diberikan kepada para pelajar.
Sama-sama lah kita tunggu ya…
Baca: Menteri Kesihatan Umum Bantuan PeKa B40, Ini Manfaat Yang Korang Boleh Dapat Dari Skim Terbaharu Ni!