Pada tahun 2006, dua rakyat Malaysia ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba atas tuduhan menyebabkan kematian 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta pada Ogos 2003.
Semalam, Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan dua orang tahanan itu kepada kerajaan Malaysia.
Artikel berkaitan: “Lagi teruk dari Shawshank Redemption” – 7 Penjara Paling Berbahaya Di Dunia
Artikel berkaitan: Penjara Narathiwat Nafi 6 Tahanan Warga Malaysia Dilayan Dengan Kejam
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan ringkas hari ini berkata, kerajaan Malaysia telah menerima Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep, yang ditahan selama kira-kira 18 tahun itu.
Menurut laporan Harian Metro, peguam yang mewakili dua rakyat Malaysia itu, Brian Bouffard dan Christine Funk berkata anak guamnya mahu memulakan hidup baru yang lebih tenang dengan keluarga masing-masing.
“Beliau sudah dihukum berkali-kali atas pembabitan terdahulu dengan orang yang salah.
Kami berharap suatu hari nanti pihak-pihak yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke pengadilan bagi kesalahan yang dilakukan atas nama kami,” katanya.
Sementara itu, Funk pula berkata, Mohammed Farik mahu pulang untuk menjaga ibu bapanya, selain memulakan kerjaya berdasarkan bakat dan kemahiran dimilikinya.
Sumber: Harian Metro