Jika beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha dulu sudah kecoh isu yang mengatakan ada segelintir pihak pulang ke kampung halaman sempena raya ini sehingga mengakibatkan jalan raya sesak.
Nampaknya mereka yang pulang ke kampung hari tu sudah pulang semula ke Kuala Lumpur selepas tular foto aliran trafik yang kelihatan sesak di lebuhraya menghala ke Tol Gombak malam semalam.
Menerusi perkongsian netizen di Twitter, lebuhraya dilihat sesak sekitar jam 8.40 malam dan kebanyakan kenderaan datang dari highway Karak menghala ke Kuala Lumpur. Uishhh…
“Tahniah #rakyatgagal jem Tol Gombak”
Foto aliran trafik di lebuhraya itu telah menibulkan rasa tidak puas hati netizen yang menganggap terdapat segelintir rakyat yang masih degil dan tidak mematuhi larangan merentas daerah dan negeri demi menghalang penyebaran wabak COVID 19.
Malah ramai juga yang jealous sebab mereka yang pulang ke kampung ni dapat berpeluk dan salam ibu ayah di kampung tanpa menghiraukan SOP yang ditetapkan kerajaan.
Apa-apapun kita doakanlah semoga mereka yang pulang semula ke KL ni sihat-sihat belaka dan tidak membawa wabak COVID 19 ke sana sini. Stay safe semua!