Pada 10 April, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini.
Ramai menyambut baik lanjutan tempoh PKP tersebut dalam usaha untuk mengekang wabak Covid-19 di negara ini.
PKP fasa 3, kenderaan makin banyak atas jalan!
Namun mengejutkan, fasa 3 PKP yang baru sahaja memasuki hari ke-2 hari ini, menyaksikan pertambahan kenderaan di beberapa jalan raya di sekitar ibu negara.
Tinjauan yang dilakukan Lobak Merah mendapati sekurang-kurangnya kenderaan bertambah dua hingga tiga kali ganda.
Lebuhraya Persekutuan, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan beberapa laluan lain di sekitar ibu negara.
*Sebab tu bila sekatan PKP, jalan jammed giler kot
Keadaan itu berbeza jika dibandingkan dengan fasa 1 dan 2 PKP, jalan lengang dan hanya dapat dilihat beberapa kenderaan yang menyusur di jalan raya.
Sebaliknya memasuki fasa ke-3, kenderaan semakin bertambah…Pelik kan?
Jalan depan IOI Mall Puchong sesak teruk!
Malah semalam, mengejutkan apabila berlaku kesesakan luar biasa di hadapan IOI Puchong Mall sehingga ada yang mengadu tersangkut dalam sekatan sehingga 3-4 jam.
Saya sendiri pelik kenapa berlakunya kesesakan teruk di kawasan itu sedangkan cara dan prosedur sekatan jalan raya yang dibuat dalam bentuk sama…”
“Kita percaya kesesakan ini adalah disebabkan tindakan segelintir pihak yang mengingkari arahan PKP”- Ketua Polis Selangor
Tapi bila difikirkan, mungkin ini berlaku disebabkan beberapa sektor swasta dan kerajaan yang dibenarkan beroperasi semula…mungkin lah kot
Baca : Elok lockdown je- Pelik! Jalan Raya Depan IOI Mall Puchong Sesak Luar Biasa Waktu PKP