Beberapa hari lalu semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, tular sebuah gambar yang menunjukkan sebuah family memilih pusat beli belah sebagai lokasi untuk bertemu dengan ahli keluarga sekaligus beraya bersama.
Foto yang tular itu ternyata memberi gambaran, ada segelintir rakyat cuba menggunakan peluang yang ada untuk bertemu ibu bapa di hari raya walaupun kerajaan sudah melarang aktiviti ziarah Aidilfitri sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
https://twitter.com/KulupFans/status/1393533990804410371
Menteri Kesihatan bimbang boleh cetus krisis COVID 19
Perkara tersebut kemudian mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang meluahkan kebimbangannya menerusi satu sesi live bersama Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin semalam.
COVID-19 | Sambut Hari Raya Di Pusat Beli-Belah Boleh Cetus Krisis Jangkitan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tindakan orang ramai menyambut Hari Raya di pusat beli-belah berpotensi cetus krisis jangkitan COVID-19. pic.twitter.com/C5wKcxEwzK
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 17, 2021
Menurutnya, tindakan orang ramai menyambut Hari Raya di pusat beli-belah berpotensi cetus krisis jangkitan COVID 19.
Isu yang ketara kita bimbang ialah apabila kita tidak memberi (kebenaran) gathering di rumah ketika raya, kita dapati ramai telahpun pergi ke mall untuk bertemu.
“Itu boleh mencetuskan satu lagi krisis sekiranya transmisi berlaku di mall-mall dalam negara.
“Jadi hari ini kita telahpun tahu bahawa beberapa tempat yang akan dimaklumkan Menteri MOSTI tentang HIDE yang melibatkan tempat-tempat, pertemuan-pertemuan mereka yang tidak beraya di rumah tapi beraya di mall untuk bertemu sanak saudara di sana kerana kelemahan kita untuk mengenalpasti keadaan tersebut dari awal,” katanya.
Terdahulu, demi mengekang penyebaran wabak COVID 19, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei lepas iaitu sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai pandangan daripada rakyat yang rata-rata menyokong demi kebaikan semua dan ada pula membantah kerana sudah terlalu lama tidak bertemu dengan ahli keluarga tambahan pula pada Aidilfitri ini.
Harap kita semua terus bertabah dalam perjuangan melawan COVID 19 ini.
Baca: Kes COVID 19 Semakin Meningkat, Kelantan Tidak Bercadang Beli Vaksin Sendiri Kerana Kos Yang Tinggi