in

“Rakan sekerja ke rakan serumah” – Amira Othman & Fattah Amin Bakal Bernikah!

syaz ft 2025 09 08T165138.694

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah lama berteka-teki, akhirnya terjawab juga, pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman sebelum ini memilih untuk berdiam jika ditanya berkenaan status mereka, namun hari ini mereka mengumumkan bahawa mereka akan bernikah tidak lama lagi.

Memilih tarikh 14 September sebagai acara nikah, pasangan ini menukar status daripada rakan sekerja kepada ‘rakan serumah’.


Artikel berkaitan: Pempengaruh & Suami Berdepan Saman RM5 Juta Sebab Fitnah Fattah Amin Curang

Artikel berkaitan: “Rakan sekerja tapi tahu password phone” – Amira Othman Kantoi Tahu ‘Password’ Telefon Fattah Amin Ketika Siaran ‘Live’?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Pengumuman itu dibuat ketika pelancaran lagu Amira Othman dan adiknya, Irfan Haris yang berjudul Rasa Takdir, Fattah dilihat membuat kejutan dan melamar penyanyi wanita tersebut di Imperial Lexis, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Dalam pada itu, Fattah juga mengumumkan majlis pernikahan mereka akan ditayangkan secara live menerusi UniFi TV.

Amira juga berkongsi, dia kini sedang dalam persiapan untuk majlis tersebut dan meminta peminat serta orang ramai mendoakan majlis itu berjalan lancar.

Sumber: hLive 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.