Empat orang maut setelah terjatuh dari tingkat 22 sebuah apartmen di Jakarta, Indonesia, semalam. Kejadian yang dipercayai melibatkan keluarga dari umur 13 hingga 51 tahun itu masih dalam siasatan pihak polis dalam pencarian motif.
Memetik laporan dari CNN Indonesia, Ketua Polis Daerah Penjaringan Metro, Komisioner Agus Ady Wijaya berkata kejadian yang berlaku di Apartmen Topas Menara Teluk Intan, Jakarta Utara itu adalah kejadian bunuh diri dan masih menentukan motif yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian.
Dalam kejadian itu, mayat keempat-empat mangsa ditemui oleh pegawai keselamatan yang bertugas. Pegawai itu terdengar bunyi dentuman kuat dan segera menghampiri sumber bunyi dan kemudian melihat empat mayat dan melaporkannya kepada polis.
Tular juga di media sosial video rakaman CCTV dari apartmen itu. Dalam video tersebut, kelihatan mangsa menaiki lif ke tingkat 21 sebelum menggunakan tangga kecemasan untuk akses ke bumbung tingkat 22.
https://twitter.com/heraloebss/status/1766500954038284507?s=46
Rakaman terakhir mereka itu adalah sekitar jam 4.05 waktu tempatan dan kira-kira 15 minit kemudian pengawai keselamatan terdengar bunyi dentuman kuat.
Baca: Universiti Di Indonesia Gempar Penemuan 5 Mayat Reput Di Kampus, Rupa-rupanya…