Kisah membabitkan bekas isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli, dan rakan perniagaannya, Insanul Fahmi, semakin menjadi perhatian.
Sebelum ini, isteri kepada Insanul tampil membuat pendedahan bahawa suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan Inara, selain membuat laporan polis berhubung dakwaan perselingkuhan serta zina. Namun kini, muncul pula perkembangan baharu dalam kemelut tersebut.
Artikel berkaitan: Inara Rusli Mahu Tuntut Royalti Lagu ‘Surat Cinta Buat Starla’, Dakwa Ia Dicipta Untuk Dirinya
Artikel berkaitan: Inara Rusli Buka Purdah Untuk Sara Anak, Netizen Terpegun Lihat Kecantikan Bekas Isteri Virgoun
Dalam satu sesi temubual di podcast Richard Lee, Insanul mengakui bahawa dia dan Inara sebenarnya telah bernikah sejak Ogos lalu. Dia juga mengaku memperdaya Inara dengan mendakwa dirinya sudah bergelar duda.
Situasi menjadi lebih ironi apabila Inara kini berada dalam perkahwinan poligami bersama isteri pertama Insanul, Wardatina Mawa.
Selepas mengetahui perkara itu, Inara pernah meminta cerai, namun lelaki berusia 26 tahun itu enggan melepaskannya.
“Waktu itu dia (Inara bilang) ‘Sudah saya tidak mahu teruskan (nikah poligami)’. Tapi saya pujuk dan yakinkan dia, jadi dia setuju. Mawa juga pernah izinkan saya poligami,” kata Insanul.
Pengakuan tersebut dilakukan Insanul bagi menyangkal dakwaan bahawa dia dan Inara melakukan perbuatan terlarang seperti yang didakwa berdasarkan rakaman CCTV yang ditonton isteri pertamanya, Mawa, dan Virgoun.
Rakaman CCTV itu dikatakan memaparkan adegan persetubuhan antara Insanul dan Inara di tingkat tiga rumah wanita berkenaan.
“Itu CCTV di rumah Inara. Makanya kita bingung juga, siapa yang sebarkan. Kami bukan takut masalah kami berbuat hal yang berdosa, kami suami istri. CCTV itu video tanggal 8 Ogos, setelah menikah,” tambahnya lagi.
Setakat ini, Inara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan konflik yang dihadapinya.
Sumber: Gempak
