in

Rakam Orang Dalam Fitting Room, H&M Buat Laporan Polis

ft hm avenue k

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat di media sosial sekarang berkenaan dengan satu kes yang terjadi di sebuah butik terkemuka di ibu kota apabila ada pihak yang tak bertanggungjawab merakam pelanggan dalam bilik persalinan.

Lebih teruk lagi, rakaman itu dibuat sebagai ‘modal’ untuk dijual secara online. Perkongsian tersebut tular di media sosial hingga mendapat perhatian mangsa.


 

Rakam orang dalam fitting room

Menurut perkongsian daripada seorang netizen, kejadian ini berlaku pada Oktober 2022 lepas, ianya dapat dipastikan selepas ada yang membeli baju dan merujuk resit berdasarkan gambar baju dalam video itu. Difahamkan lagi, individu tersebut adalah mangsa dalam rakaman video itu sebelum ianya dipadamkan di media sosial.

https://twitter.com/meleisgw/status/1612856540456955904

Disebabkan itu, individu yang dikenali sebagai @meleisgw di Twitter ini menyarankan agar si mangsa terus membuat laporan polis.

Memandangkan perkongsian ini telah meraih lebih 6,000 retweets dalam masa 14 jam, ia telah sampai ke pengetahuan pihak butik tersebut.

Jenama butik terbabit, H&M Malaysia telah menghubungi individu ini dan menyatakan bahawa pihaknya telah membuat laporan polis, lapor The Star.

“Keselamatan pelanggan kami adalah keutamaan kami. Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.”

“Kami telah menjalankan pemeriksaan ke atas semua bilik pemasangan dan sedang berusaha untuk memastikan tiada pelanggaran keselamatan yang melanggar privasi pelanggan kami.”

Walau bagaimanapun, menurut sumber Redzuan Abdul Manap, pihak polis telah siasat di premis yang diadukan dan mendapati ia bukan lokasi sama seperti yang ditularkan tapi di lokasi yang berbeza.

Baca : “Kau tu lelaki tau” – [VIDEO] Pengguna Tandas RnR Bengang Diintip Sesama Jenis

LELAKI INTAI SESAMA JENIS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.