Umumnya kita sudah ketahui kecanggihan dan ‘kehebatan’ telefon bimbit pintar terbaru iPhone 14 Pro Max ni dan untuk peminat-peminat gajet, pasti mereka teruja dan terus pra-tempah peranti tersebut sementara kita orang biasa ni hanya mampu gigit kuku apabila melihat harganya.
Biarpun masih belum tiba di pasaran Malaysia, kita sedia maklum harga bagi peranti tersebut bermula dari RM 5,299. Bagaimanapun ramai yang terkedu apabila sumber melaporkan bahawa ada seorang rakyat Malaysia dah mula tempah peranti tersebut.
Cuma bayar RM 883.30 untuk iPhone 14 Pro Max
Biasanya kalau kita, pasti akan tunggu masuk pasaran, itupun kena kumpul dulu ataupun beli installment kan?
Tapi lain pula dengan seorang netizen ini, dia menemui satu taktik baru untuk membeli iPhone 14 Pro Max. Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia memaparkan satu gambar tangkap layar menunjukkan pembelian iPhone 14 Pro Max yang mengandungi 256GB jumlah penstoran daripada Machines.
Apa yang menarik perhatian orang ramai mengenai perkongsiannya adalah, harga asal peranti yang berharga RM6,299 itu dapat diskaun lebih daripada separuh harga iaitu potongan sebanyak RM5,415.70 dengan cara menebus mata ganjaran GrabPoints sebanyak 893,590.
Oleh sebab itu, jumlah yang dia perlu bayar hanyalah RM883.30 dimana hanya 14% daripada harga pasaran.
Perkongsian ini telah membuatkan ramai netizen tertatik dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang tanya berapa lama dia ambil masa untuk kumpul mata ganjaran sebanyak itu dan dia menjawab dia menggunakan GrabPay setiap hari.
Wow, at least kita berbelanja dalam masa yang sama kita dah buat saving kan? Idea bernas!
Baca : Ada Ura-Ura Cakap iPhone 14 Akan Keluar 6 Bulan Lagi, Ini Apa Yang Boleh Dijangkakan