in

Rafizi Ramli Minta Orang Ramai ‘Pulau’ Restoran Yang Jual Makanan Mahal

Cats 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, harga barangan dan makanan di Malaysia semakin lama semakin meningkat. Dalam satu kenyataan, kerajaan menyatakan rasa terkilan dengan sikap sesetengah pengusaha kedai makan yang gagal menurunkan harga makanan meskipun kos bahan mentah sudah menurun.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata dalam satu kenyataan, kerajaan tidak mampu masuk campur berkenaan isu kenaikan harga makanan di semua kedai makan. Jadi, pihaknya berharap orang ramai untuk memulaukan premis yang gagal menurunkan harga.


1 7

Sambung Rafizi lagi, pengusaha kedai makan sepatutnya menurunkan harga makanan bagi membantu mengurangkan beban orang ramai. Agak tidak adil apabila harga makanan masih dikekalkan sedangkan harga bahan mentah dalam pasaran sudah menunjukkan penurunan.

“Rakyat menuding jari menyalahkan kerajaan berikutan kenaikan harga barangan, terutama membabitkan bahan mentah, tetapi agak mengecewakan apabila pengusaha restoran, kedai makan dan peruncit tidak pula menurunkan harga selepas harga bahan mentah diturunkan.

“Orang ramai dan semua peniaga, termasuk pengusaha restoran dan kedai makan serta peruncit diminta memberi kerjasama dengan menurunkan harga makanan kerana semua harga bahan mentah sudah menunjukkan penurunan,” katanya.

Kenyataan ini ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang berpendapat saranan ini tidak akan dapat membantu menurunkan harga makanan di kedai makan.

Kredit: Buletin TV3

BACA: Rakyat Indonesia Buat Protes Susulan Kenaikan Harga Minyak Sebanyak 30%

Capture 17

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.