in

“Qisas katanya” – Kecoh Isu Rambut Anak Digunting, Rupanya Rambut Anak Guru Juga Digunting Bapa Pelajar?

Bapa Pelajar Potong Rambut Anak Ustaz Qisas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi mengenai isu tular melibatkan seorang bapa yang dikatakan mengamuk apabila seorang guru yang juga ustaz telah menggunting rambut anaknya yang panjang.

Pergaduhan di antara si bapa dan guru telah terakam di CCTV dan bapa kepada pelajar itu juga katanya telah memarahi ustaz tersebut dengan mengatakan perbuatan itu dibuat tanpa keizinannya serta rambut panjang juga bukanlah satu perkara yang berdosa.


Bapa Mengamuk Gunting Rambut

Artikel berkaitan: “Rambut panjang tak masuk neraka!” – Bapa Mengamuk Ustaz Gunting Rambut Anak

Artikel berkaitan: “Hormati guru” – Muat Naik Video Bapa Mengamuk Sebab Potong Rambut Anak, Guru Perjelas Niat Sebenar

Bapa pelajar gunting rambut anak guru juga? 

Namun dengarnya isu itu tidak berakhir di situ sahaja apabila bapa pelajar berkenaan didakwa telah menggunting rambut anak guru berkenaan juga.

Perkara ini dikongsikan oleh bekas guru, Mohd Fadli Salleh di Facebook miliknya yang memaparkan beberapa screenshot komen daripada netizen yang menceritakan insiden tersebut di media sosial.

Komen

Ada satu lagi isu yang ramai tak peduli. Bapa tu panggil anak ustaz tu keluar. Saya dapat tahu bapa tu gunting rambut anak ustaz tu pula. Katanya ikut hukum qisas. 

“Nak lagi panas. Bapa tu gunting rambut anak ustaz itu buruk. Padahal rambut anak dia tu ustaz potong elok je,” katanya.

Komen 2

Untuk makluman ramai, hukum qisas adalah hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah sama seperti perbuatan yang dilakukan oleh pesalah tersebut, misalnya hukuman bunuh dijatuhkan kepada pesalah yang membunuh.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan bapa pelajar berkenaan dan berharap agar guru terbabit membuat laporan polis atas apa yang berlaku.

Apa-apapun diharapkan kedua-dua belah pihak boleh duduk berbincang dengan baik berhubung isu ini supaya ia tidak berlanjutan. 

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.