Penduduk di Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas, Ipoh, Perak semalam menghadapi detik-detik cemas apabila kejadian ribut yang digambarkan sebagai puting beliung berlaku petang Ahad, semalam.
Menerusi perkongsian video di Twitter dan TikTok, rata-rata netizen gerun melihat rakaman yang memaparkan situasi puting beliung yang sangat dahsyat sehingga menyebabkan beberapa buah rumah di taman perumahan tersebut mengalami kerosakan teruk.
https://twitter.com/jnmalaysia/status/1487758348569047041?s=21
@atika_notpretty_butcute part 2 #putingbeliung #TASEKDAMAI #IPOHPERAK
Lombong batu kapur jadi punca terjadi puting beliung?
Melihatkan situasi berkenaan, ramai di antara kita pastinya tidak menyangka kejadian bencana seperti puting beliung ini boleh berlaku di Malaysia.
Pun begitu menerusi perkongsian page MatGeo di Facebook, ia ada menjelaskan bahawa kejadian ini mungkin terjadi dek kerana kerakusan yang telah dilakukan manusia terhadap alam sekitar.
Menurutnya, jika kita melintas Ipoh di Lebuhraya Utara Selatan, kita pasti biasa melihat kilang simen yang ada tepi highway tu kan?
Namun sebenarnya, tak ramai yang tahu terdapat lombong batu kapur di tengah-tengah kawasan itu yang katanya mempunyai kedalaman hampir menyamai ketinggian bangunan 21 tingkat!
“Jadi apa yang menghalang berat atmosfera bagi kawasan seluas 12 hektar berkedalaman hampir sama dengan paras laut, pada sebuah lombong dedah seluas kira-kira 25 hektar mampu membuatkan persekitaran dasar masih berbahang ketika permukaan di atas mengalami perubahan tekanan dan suhu bawaan angin?
“Tak perlu profesor susah payah fikirkan. Fahamkan bahawa berat atmosfera mencipta tekanan udara. Tekanan tinggi dan bahang panas adalah berkait dan perbezaan haba yang ketara mencetus angin. Manakala bahang tertumpu dalam persekitaran yang lebih sejuk mampu mencipta puting beliung,” jelasnya.
https://www.facebook.com/mymatgeo/posts/3076805042634803
Meskipun tidak dipastikan sama ada apa yang dijelaskan oleh pemilik page ini sebagai punca utama berlakunya puting beliung di kawasan berkenaan, namun perkara ini jelas-jelas menimbulkan kerisauan penduduk di kawasan yang terbabit.
Apa-apapun kita doakan semoga mereka yang terbabit dalam kejadian puting beliung semalam bertabah dengan dugaan yang menimpa.