in

Puteri Walinong Sari Jadi Pilihan Konsep Busana Miss Universe Malaysia

syaz ft 2024 10 23T204916.915

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda peminat pertandingan ratu cantik, maka Miss Universe merupakan pertandingan yang paling ditunggu-tunggu.

Dalam pertandingan penuh prestij itu, antara yang menjadi perhatian ialah kategori pakaian kebangsaan.


Artikel berkaitan: Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani, Mahu Hidup Sederhana Di Kampung

Artikel berkaitan: Kontroversi Pertandingan Miss Universe Indonesia, Peserta Dakwa Penganjur Ambil Gambar Bogel Tanpa Izin

Tahun ini, Sandra Lim yang merupakan wakil Malaysia bagi Miss Universe 2024, bakal mengenakan kostum yang diilhamkan oleh lagenda puteri pahlawan Pahang iaitu Puteri Walinong Sari pada pertandingan Miss Universe ke-73 di Mexico City bulan depan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mumo Malaysia (@missuniversemalaysia)

Dalam lagenda itu, Puteri Walinong Sari enggan berkahwin semata-mata kerana tradisi, sebaliknya memilih untuk menumpukan perhatian untuk mengasah kemahiran seni mempertahankan diri dan melindungi kerajaannya.

Menurut laporan New Straits Times, Sandra yang merupakan seorang model, pelakon dan terlibat dalam seni mempertahankan diri berkata, puteri itu melambangkan ketabahan dan kecantikan.

“Puteri Walinong Sari melambangkan ketabahan dan kecantikan,saya berharap dapat membawa kualiti tersebut ke peringkat Miss Universe, serta dengan bangganya mewakili kekuatan wanita Malaysia sambil mempamerkan warisan Malaysia.

Melalui kostum ini, saya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa seorang wanita boleh menjadi gagah dan anggun,” katanya.

Busana tersebut dihasilkan oleh pereka fesyen Malaysia, Ezuwan Ismail dan kostum itu mempunyai berat sekitar 30 kg dan berukuran kira-kira 1.77 meter.

Kostum itu menggunakan fabrik buatan Malaysia iaitu songket serta turut menampilkan sulaman sulam tebuk, beserta padanan aksesori utamanya termasuk penutup kepala dan pedang.

Sumber: New Straits Times, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.