in

Puteri Sarah Dedah Bella Astillah Masih Dalam Fasa Terkejut Selepas Bercerai

Bella 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan bahawa Bella Astillah masih dalam fasa terkejut dan belum boleh menerima kenyataan sepenuhnya selepas disahkan bercerai dengan bekas suami, Aliff Aziz.


Bella 1 1
Sumber: google

Bella sedih fikir anak-anak

Pada hari raya Aidiladha yang lepas, kedua-dua mereka serta anak-anak ada bertemu bagi menyambut perayaan itu bersama-sama. Bagaimanapun, Puteri Sarah mengganggap Bella masih memerlukan sokongan daripada rakan-rakan untuk meneruskan hidup tanpa suami, lapor mStar.

Artikel berkaitan: Gambar Puteri Sarah & Bella Astillah Raya Bersama Undang Pujian Netizen

Artikel berkaitan: Sah Bercerai Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Ucap ‘Tahniah’ Untuk Ruhainies?

Masa hari raya haji saya memang jumpa Bella untuk beri sokongan. Saya tahu Bella pun masih dalam fasa terkejut. Bella masih tidak dapat menerima kenyataan tetap dia cuba untuk meneysuaikan diri dengan keadaan sekarang.

Emosi Bella turut dikatakan sering terganggu kerana mengenangkan nasib kedua-dua anaknya, Ayden dan Ara yang masih lagi kecil yang pastinya memerlukan perhatian penuh daripada seorang bapa.

Dia memang sedih, tentu dia sedih. Berbeza dengan saya, saya tak sedih sebab dah terlalu lama move on. Tapi, apa yang buat dia paling sedih bila memikirkan tentang anak-anak dialah.

448643739 913657124105083 2453108012304291405 N
Sumber: instagram

Puteri Sarah setia bagi sokongan

Bagaimanapun, sebagai seorang sahabat yang pernah menghadapi nasib yang sama, Puteri Sarah sentiasa memberi sokongan dan berjanji akan membantu Bella dan anak-anak.

Kebetulan masa hari raya haji, saya terus jumpa dia. Sebagai kawan, kita cuba untuk sokong dan bagi semangat untuk dia teruskan hidup dia.

Saya beritahu dia yang saya selalu ada dengan dia, jika perlukan bantuan jangan malu untuk beritahu saya.

Terdahulu, Bella Astillah dan pelakon Aliff Aziz telah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Jun 2024.

Moga Bella sentiasa kuat untuk anak-anak…

Sumber: mStar

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.