Macam yang korang tahu, sebentar tadi berlangsungnya prosiding pertama tuntutan penceraian dari Puteri Sarah terhadap suaminya Syamsul Yusof.
Namun begitu, ketika temubual bersama pihak media di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarah menjelaskan suaminya enggan melepaskan talak ke atasnya sehingga mendorong pelakon ini untuk mendedahkan yang dia pernah dikasari Syamsul pada tahun 2020 yang lepas.
“Abang dah tahu dah”
Dalam temubual yang sama, Sarah turut menjelaskan bahawa anak lelakinya Syaikhul Islam telah pun mengetahui tentang kemelut rumah tangga yang dilalui oleh ibunya.
Menurut Sarah, anaknya itu telah bertanyakan mengenai perkara tersebut kepada ibu dan bapa Syamsul Yusof selepas dipercayai melihat video di YouTube.
https://www.instagram.com/p/CpeUU5gO7QV/
Syaikhul memang dah tahu dah. Syaikhul sendiri cakap dengan datuk (Yusof Haslam) ‘abang dah tahu dah’. So, datuk dan datin cakap dengan Syaikhul, ‘walau apa pun terjadi Ma dengan Atok memang sayangkan Syaikhul. Jangan risau.
“Dia tahu daripada datuk, Sarah tak tahu macam mana reaction dia first time. Syaikhul dengar daripada YouTube Sarah rasa lepastu dia sendiri bertanya dan datuk dan datin explain. Nasib baiklah, I have a very good in laws.”
Selain itu, Sarah juga turut mengatakan yang dia tak sangka suaminya itu enggan melepaskannya lebih-lebih lagi selepas melihat layanan yang diterimanya sejak setahun yang lalu.
Sarah turut menegaskan yang dia enggan berdamai dengan suaminya mahu pun kembali semula selepas apa yang berlaku.
Baca: “Yang selamatkan saya, ibu mentua” – Puteri Sarah Buka Cerita Pernah Dipukul Syamsul