in

Puteri Sarah Ada Jalan Lain Jika Syamsul Yusof Enggan Cerai – Peguam

peguam puteri sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pelakon Puteri Sarah telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dengan menyatakan bahawa keputusan dibuat adalah muktamad.

Menurut laporan, Puteri Sarah masih ada jalan lain dengan beberapa pilihan mengikut peruntukan undang-undang syariah yang boleh digunakan bagi menuntut cerai andai suaminya enggan melepaskannya.


Kata peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul menyatakan proses tuntutan cerai boleh diteruskan biarpun Syamsul enggan melepaskan plaintif pada hari sebutan kes pada 7 Mac depan.

Screenshot 20230117 113221

“Mengikut prosedur, kalau defendan (Syamsul) hadir pada hari itu (7 Mac depan) dan setuju untuk lafazkan cerai, perceraian antara mereka boleh berlaku.

“Tetapi kalau defendan tidak setuju, kami akan usahakan ke peringkat kedua di mahkamah yang sama di mana kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Akberdin berkata, pihaknya akan menggunakan saluran undang-undang yang diperuntukkan jika Syamsul sebagai defendan, enggan menceraikan Puteri Sarah.

“Pada peringkat ini, wakil kedua-dua pihak akan cuba mencari jalan. Kalau berjaya, kita akan teruskan perceraian. Jika gagal, kita rujuk pula kepada hakam keluarga.

“Jika masih gagal, kita beralih pula kepada hakam mahkamah di mana dalam kes di mana defendan masih enggan (lepaskan), kuasa untuk melafazkan cerai diberi kepada mahkamah yang mewakili plaintif,” katanya.

Difahamkan, permohonan terbabit difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Antara alasan yang dikemukakan ialah tiada persefahaman, telah berlaku ‘shiqaq’ iaitu perbalahan yang berpanjangan dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Baca: Heboh Puteri Sarah Naik Mahkamah, Syamsul Yusof Tak Jawab Call & Mesej?

syamsul berdiam diri

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.