Hangat diperkatakan di media sosial mengenai artis remaja yang terkenal iaitu Puteri Balqis mengenai pendedahannya yang terkena gangguan seksual oleh bapa kandung sendiri. Pengakuan itu telah diceritakan menerusi satu temubual bersama Youtuber ‘Bros Gang TV’.
Pendedahan tersebut mendapat perhatian yang meluas termasuklah beberapa ahli politik dan selebriti-selebriti di Malaysia.
Disyaki hidap PTSD selepas berjumpa psikiatri
Baru-baru ini, artis remaja itu dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz telah dikenalpasti berjumpa dengan pakar psiakitri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada hari Selasa lepas.
Menurut Boom, mereka berdua didapati turut bermalam di wad hospital berkenaan bagi menjalani pemeriksaan sebelum disahkan menghadapi Post-traumatic Stress Disorder (PTSD) atau gangguan selepas trauma.
Difahamkan pemeriksaan ini dilakukan sehari selepas mereka hadir membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya pada Isnin yang lalu.
“Tujuannya adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Aqish itu benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.”
Menurut sumber juga, mereka turut ditemani oleh pihak berkuasa semasa pemeriksaan kesihatan itu berlaku.
“Kita pun tidak mahu orang menuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis.”
Semakin hampir berjumpa penamat untuk isu ini. Semoga ada kebenaran.
Baca: Dakwa Lakukan Gangguan Seksual, Pengabaian & Miliki Bahan Lucah, Bapa Puteri Balqis Ditahan Polis