in

“Punca segala kejadian” – Netizen ‘Throwback’ Kes Zulfarhan, Pencuri Sebenar ‘Laptop’ Kekal Misteri

Pencuri Laptop Kes Zulfarhan Siapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan Mahkamah Rayuan semalam membuat keputusan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, netizen kembali mengingati kisah tragis yang menggemparkan negara tujuh tahun lalu.

Di media sosial, tular kembali rakaman video lama memaparkan wajah tersenyum kesemua pelaku selepas keluar dari makamah, dipercayai pada tahun 2019.


Malah, surat layang berkaitan kes Zulfarhan juga turut di muat naik semula, memperlihatkan ramai begitu kecewa dengan pihak atasan ketika kejadian itu berlaku.

Artikel berkaitan: Kronologi Kes Pembunuhan Kadet Zulfarhan Yang Bermula Dengan Kehilangan Sebuah ‘Laptop’

Artikel berkaitan: “Tak ada bukti, main serkap jarang” – Bapa Zulfarhan Yakin Anak Masih Hidup Kalau Tak Difitnah Bomoh

Mengimbas kembali kes pembunuhan ini, kehilangan sebuah laptop yang menjadi punca arwah Zulfarhan dibuli dan dipukul sehingga hilang nyawa, kekal menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Kisah tragis ini bermula apabila nama arwah antara yang disebut oleh seorang bomoh untuk mengesan siapakah pencuri laptop milik salah seorang pelajar.

Selepas itu, mangsa bukan sahaja dipukul supaya mengaku mencuri laptop berkenaan, malah Allahyarham juga ditekap menggunakan seterika wap.

Seterika 1

“Siapa pencuri laptop sebenar?”

Meninjau di media sosial, ramai yang masih tertanya-tanya siapakah pencuri laptop sebenar yang mengakibatkan kejadian kejam itu menimpa kepada Allahyarham.

Ada juga yang mempersoalkan adakah benar laptop itu telah dicuri ataupun pemiliknya cuai meletakkan peranti itu di tempat yang salah.

Screenshot 2024 07 24 153311 Screenshot 2024 07 24 153333   Screenshot 2024 07 24 153527 Screenshot 2024 07 24 153507Screenshot 2024 07 24 153543Screenshot 2024 07 24 153349

Al-Fatihah untuk Allahyarham Zulfarhan…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.