in

Punca Kematian Zulfarhan Bukan 100% Akibat Kebakaran Tapi… – Pakar Forensik

Farhan2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam keterangan susulan kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, hari ini, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan, 49 mendakwa bahawa punca kematian arwah Farhan bukan lah 100% akibat kebakaran tetapi…

 

Jangkitan kuman di dada dan luka lecur utama ‘sequela’.


Zul 1599650559

Memetik laporan BERNAMA, Dr Rohayu yang merupakan saksi pembelaan ke-19 menjelaskan ketika disoal peguam Datuk Sri M.Ramachelvam bahawa ada unsur jangkitan yang lebih awal, malah diterukkkan lagi dengan keadaan kehilangan permukaan kulit akibat kebakaran pada tubuh arwah.

Berikut merupakan penjelasan Dr Rohayu,

Ramachelvam: Berdasarkan laporan bedah siasat, gambar dan pemeriksaan mikroskopik. Boleh Dr Rohayu rumuskan punca kematian?

Dr Rohayu: Nombor satu ialah ‘chest infection’ kerana wujudnya jangkitan kuman di paru-paru dengan komplikasi radang pada jantung.

Nombor dua, saya letakkan sebagai ‘major burn sequela’ kerana pada pengiraan saya juga 67 peratus adalah dikategorikan sebagai ‘major burn’.

Katanya lagi, ia telah membuktikan bahawa sistem pertahanan badan si mati jadi lemah  ditambah pula dengan ‘major burn’, mengakibatkan keadaan mangsa tidak dapat disangkal 100 peratus.

Zul 1599650559 1

Ramachelvam: Itu adalah rumusan Dr Rohayu?

Dr Rohayu : Ya, berdasarkan apa yang diberikan kepada saya.

Pada 31 Julai 2019 lepas, Mahkamah Tinggi telah  memerintahkan 18 penuntut UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.

Tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mod Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 12 Jan 2021.

 

Baca : “Zulfarhan duduk kerusi kat tengah-tengah, sambil dikelilingi 20 individu”- Pengakuan Terbaru Kes Bunuh Zulfarhan

Farhan

Sumber: BERNAMA
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.