Baru-baru ni kecoh di media sosial mengenai video seorang pemuda berbangsa cina cuba larikan diri dengan terjun dari jambatan selepas terlibat dalam kejadian langgar lari di ibu negara.
Kisah dia bermula apabila pemuda tersebut dipercayai telah melanggar beberapa buah motosikal di Jalan Maarof, Bangsar sebelum bertindak melarikan diri dengan kenderaannya.
Menurut saksi kejadian, suspek tersebut dilihat memandu dalam keadaan merbahaya bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia dalam pengaruh alkohol atau dadah.
Katanya percubaan pemuda tersebut untuk melarikan diri gagal selepas salah sebuah motosikal yang dilanggar pemuda itu tersekat di bawah keretanya sekaligus menyebabkan keretanya tidak boleh bergerak sebelum beliau ditahan polis.
Kereta seret motosikal beberapa ratus meter
Malah motosikal tersebut juga dilaporkan terseret beberapa ratus meter sebelum kereta itu berhenti.
Dalam video berdurasi 33 saat yang dah viral di media sosial, menunjukkan pemuda tersebut duduk menyangkung sambil disoal siasat dua orang anggota polis, sebelum dia bertindak cuba terjun jambatan bagi melarikan diri, namun gagal malah sempat dihempuk dengan helmet oleh salah seorang orang awam..haaa baru ada akai..
“Lepas dah sodok anak orang, ko nak blah macam tu je”- Orang Awam
https://www.facebook.com/NetizenofMalaysia1/videos/2239865622893453/
Namun syukur alhamdulillah sebab tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan polis pun masih menyiasat kes tersebut sebelum mengesahkan sama ada pemuda tersebut bawah pengaruh dadah ataupun dibawah pengaruh alkohol waktu tu.
Mangsa langgar lari
Rata-rata warganet yang baca pasal kes ni pun rasa bengang dengan pemuda tersebut yang tak reti nak bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan..sape pun akan rasa marah.
Sepatutnya biarkan je dia buat terjunan mentadak!
Kalau dah langgar tu kenapa nak lari, kan tak pasal-pasal kena hempuk! Benda boleh settle baik.
Baca : Zaman sekarang viral lebih penting Budak Parah Kena Langgar Lari, Tapi Tak Ada Siapa Cuba Tolong?