in

“Puas ke tengok orang mati?!” – Militan Daish Serang Wad Bersalin, Ramai Ibu & Anak Baru Lahir Mati

serang hospital

Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh termasuk ibu, bayi dan jururawat selepas tiga lelaki bersenjata api menyerang sebuah wad bersalin di hospital dekat Kabul, Afghanistan.

Menurut BBC, kejadian itu berlaku pada hari Selasa dan kesemua penyerang tersebut mendapat akses kerana mereka berpakaian seperti polis.

hospital

hospital2

Menurut penduduk setempat, mereka terdengar bunyi tembakan sebanyak dua kali kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan. Seorang doktor yang berjaya melarikan diri memberitahu ketika serangan tersebut, kira-kira 140 orang sedang berada di dalam hospital itu.

Ramazan Ali, saksi ketika kejadian berkata lelaki bersenjata api itu melepaskan tembakan rambang dan menurut laporan, seorang wanita baru saja melahirkan anaknya pada waktu itu.

Penyerang itu tembak saja ke arah sesiapa di hospital tanpa sebab.”

Seorang ibu yang juga baru melahirkan memberitahu dia baru sahaja ke tandas dan mendengar kekecohan. Panik, wanita bernama Zainab itu terus berlari dan mendapati bayinya sudah mati.

ibu1

baby3

baby4 1

Anggota keselamatan dilaporkan berjaya menembak mati ketiga-tiga lelaki tersebut. Kesemua bayi yang masih hidup berjaya diselamatkan pasukan tentera dan telah dibawa ke sebuah hospital kanak-kanak di bandar namun kebanyakannya sudah kehilangan ibu yang maut akibat serangan itu.

baby5 1

Sedihnya, baru lahir dah hilang mak… smiley cry

Baca: “Dasar jahat israel laknatullah”- Zionis Israel ‘Serang’ Klinik Saringan Covid-19 Di Palestin & Tahan Frontliners!

FEAT 28

Sumber: CGTN
Sumber: Reuters
Sumber: Reuters
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: CGTN