in

PRU15: Majikan Boleh Didakwa Jika Potong Gaji Pekerja Yang Pergi Mengundi

ft kementerian sumber manusia PRU15 e1668222057162

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jatuh pada 19 November 2022 dan bagi undi pos pula pada 15 November 2022 iaitu Selasa depan.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Sumber Manusia telah menggesa para majikan dalam sektor swasta agar dapat memberikan kebenaran kepada pekerja mereka untuk keluar mengundi. Hak ini diperuntukkan di bawah subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).


pru undi

Selaras dengan akta tersebut, majikan hendaklah berbincang dengan pihak pekerja dengan opsyen untuk pemberian “time-off” iaitu hari pelepasan berganti atau cuti tahunan.

Majikan juga boleh ambil langkah-langkah seperti memberi “time-off” kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian yang berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.

 

Bagi pekerja yang memerlukan masa lebih daripada sehari untuk ke tempat mengundi, majikan harus beri kebenaran untuk pekerja menggunakan cuti tahunan.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak Kementerian Sumber Manusia tidak membenarkan kepada mana-mana majikan untuk cuba kenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mengundi.

Jika ingkar, majikan boleh dikenakan tindakan di bawah subseksyen 25(1) Akta 5 yang mana boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

Baca : PRU15 : Ini ‘Highlight’  Manifesto Dari PN, PH & BN Kepada Pengundi

ft tawaran parti PRU15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.