in

Promosi Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’, Persembahan Fazura Di Indonesia Jadi Perbualan Netizen

Syaz Ft 2024 11 05T150452.468

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perceraian selebriti terkenal Fattah Amin dan Fazura masih menjadi buah mulut ramai, perkahwinan mereka bertemu noktah selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama.

Selepas perceraian mereka, sebuah lagu duet berjudul Bertahan Demi Cinta dilancarkan, pelancaran lagu itu mendapat kritikan hebat memandangkan kedua-dua mereka sudah pun berpisah.


Artikel berkaitan: ‪Topik Perceraian Jadi Tajuk Khutbah Solat Jumaat, Netizen Dakwa Gara-gara Penangan Fattah-Fazura?

Artikel berkaitan: “Buat adikku, Fatima” – Puteri Balqis Tulis Puisi ‘Broken Child’, Ini Respon Fazura

Baru-baru ini, Fazura secara solo mempromosikan lagu itu ke negara jiran, Indonesia dalam rancangan temu bual, Sea Today.

Dalam temu bual itu, Fazura mengakui perceraian itu membuatkan dirinya terus bersemangat meneruskan kehidupan, malah dia juga mengakui sudah memberikan yang terbaik selepas mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017.

Dalam rancangan itu, Fazura sempat mempersembahkan lagu duet itu secara bersendirian, persembahannya itu kini sedang tular di media sosial dan menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen merasakan nyanyian Fazura boleh digilap lagi, ada juga yang berharap agar pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia itu mengambil kelas vokal yang sepatutnya.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.