Siapa kat sini naik gila bila ada sale harga runtuh? Bayangkan kalau butik-butik jenama terkenal buat sale sampai 70%-80%, mesti korang akan serbu kan?
Namun kesempatan ini digunakan ‘scammer’ alaf baru untuk memperdaya kaki-kaki shopping di luar sana dengan tawaran harga yang tak masuk akal seperti yang dikongsikan Mimi Shafie di facebook semalam.
“Just peringatan utk smua kaum perempuan yg gila shopping. Ni adalah pengalaman saya sendiri, smlm…”
https://www.facebook.com/mimi.momo.792/posts/2900758339966493
“Salam. Just peringatan utk smua kaum perempuan yg gila shopping. Ni adalah pengalaman saya sendri. smlm sy dh terkena dgn web ni sbb tgk kasut murah. tgk harga ksut rm22.50 kelam kabut la kan ?
Terus proceed order utk 3 pasang total smua RM67.50 and payment guna master card.tiba2 dia tulis payment successfull RM180. dh rasa pelik sbb td total RM67.50 ja awat jd RM180 plak. lpastu trus masuk dua msj potongan maybank satu CNY330.07 and satu lg CNY380.56 ( CNY ni mungkin matawang china) terus sy call maybank untuk tau status transaction tu n pihak maybank bgtau transaction ni mmg nampak pelik tp nasib baik status pending. so duit xpotong lg. terus pihak bank block my card. pihak bank bgtau transaction tu berjumlah RM514.
Alhamdulillah nasib sy baik sbb cepat2 call bank masa tu utk block kad.bukan saya seorang ja kena.banyak juga yg kena semalam. Lepas ni check betul betul website shopping online tu. Dan depa create banyak page & brand untuk tipu kononnya ada sale. So hati hati semua jangan percaya web web macam ni. #sistrauma “
Hakikatnya golongan scammer ni dah makin maju dalam usaha nak menipu orang ramai dan mendapatkan duit dengan cara yang mudah.
Status yang dimuatnaik semalam, walaupun belum sampai 24 jam lagi ia telah memperoleh lebih 11,000 perkongsian di facebook.
Malah rupa-rupanya ramai dah jadi mangsa selepas wanita ini buat pendedahan tersebut.
Naseb tak beli semalam, nyaris-nyaris nk buat payment dah…
Lepas ni hati-hati lah yer, jangan nampak murah terus nak serbu tak pasal-pasal jadi mangsa si penipu.