in

Program Percubaan PKLN 3.0 Bermula Hari Ini, Seramai 142 Pelatih Mula Latihan Selama 45 Hari

f1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas beberapa tahun dimansuhkan, program Latihan Khidmat Negara atau PLKN kembali lagi dan seramai 146 pelatih PLKN 3.0 mulakan Latihan Percubaan (pilot) selama 45 hari bermula hari ini (12 Januari 2025).

Memetik laporan Sinar Harian, lebih 130 pelatih sukarela tersebut akan menjalani latihan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur sehingga 25 Februari depan.


Difahamkan, pelatih-pelatih tersebut terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berusia 18 hingga 20 tahun.

17

Artikel berkaitan: Kalau Dipilih Masuk PLKN, Noreen Sanggup Mengandung Setiap Tahun

Artikel berkaitan: Kecoh Isu PLKN, Kementerian Pertahanan Beri Penjelasan Isu Had Umur Hingga 35 Tahun

Pelatih-pelatih ini akan menjalani latihan untuk memupuk disiplin dan daya tahan serta semangat patriotisme terhadap negara.

Selepas tempoh percubaan ini, difahamkan PLKN 3.0 ini kemudiannya akan dilaksanakan di universiti awam, Politeknik, Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Kem Askar Wataniah yang lain serta beberapa Institusi Latihan Kemahiran Awam / Institusi Latihan Perindustrian (ILP) juga akan dijadikan tempat latihan asas PLKN di seluruh Malaysia.

Sumber: Sinar Harian, BERNAMA 

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.