in

Presiden US Pertama Disabit Kesalahan Jenayah, Ini Apa Yang Berlaku Kepada Donald Trump

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah didapati bersalah atas 34 kesalahan jenayah kerana memalsukan laporan perniagaan. Keputusan juri di New York semalam ini (31 Mei 2024), menandakan pengakhiran perbicaraan bersejarah yang berlaku akibat wang rasuah yang diberikan kepada pelakon filem dewasa sebelum pilihan raya 2016.

Perbicaraan ini telah berlangsung selama enam minggu dan pihak juri mengambil masa dua hari untuk berbincang dan memberikan keputusan sepakat. Trump bagaimanapun mengatakan bahawa keputusan itu tidak benar dan berjanji akan melawannya. Keputusan hukuman ke atas bekas presiden ini telah ditetapkan pada 11 Julai nanti.


Kalau korang nak tahu apa sebenarnya kesalahan yang dibuat oleh Trump dan apa yang berlaku sepanjang perbicaraan, baca dekat bawah ni:

Pertuduhan yang dikenakan ke atas Donald Trump

240530094307 Dle 03 Donald Trump Hush Money 053024 Crop

Pada 30 Mac 2023, Donald Trump telah didakwa dengan 34 pertuduhan negeri kerana memalsukan rekod perniagaan yang merupakan satu kesalahan jenayah di New York.

Keputusan pertuduhan

Trump didapati bersalah atas kesemua 34 pertuduhan pada 30 Mei 2024 apabila para juri telah pulang dengan membawa keputusan sebulat suara selepas mendengar perbicaraan yang berlangsung selama enam minggu ini.

Apa yang perlu dibincangkan oleh juri untuk membuat keputusan?

Sebelum melakukan rundingan bagi mendapati Trump bersalah, Hakim Juan Merchan telah mengarahkan kesemua juri  untuk bersetuju sebulat suara bahawa bukan sahaja tertuduh telah menyebabkan rekod tersebut dipalsukan, malah dia telah mempromosikan atau menghalang perlantikan mana-mana orang untuk memegang jawatan awam dengan menggunakan cara yang menyalahi undang-undang.

Ada beberapa jenis “cara yang menyalahi undang-undang” yang juri dengar buktinya termasuklah pemalsuan rekod perniagaan lain, pelanggaran undang-undang kewangan kempen dan pelanggaran undang-undang cukai.

Tuduhan pendakwaraya terhadap Donald Trump

190227 Michael Cohen Hearing 2 Cs 1010A

Pendakwaraya dari Pejabat Peguam Daerah Manhattan, Alvin Braggs mengatakan bahawa Trump telah bertemu bekas penerbit Nation Enquirer, David Pecker dan bekas pengaturcara Micheal Cohen di Menara Trump pada Ogos 2015 dan tiga individu ini telah merancang konspirasi untuk mengenalpasti, membeli dan memusnahkan cerita yang boleh merosakkan reputasi Trump dan kempen presidennya.

Beberapa hari sebelum pilihanraya 2016, Cohen telah membayar seorang pelakon filem dewasa Stormy Daniels sebanyak US$130,000 yang mendakwa dia telah menjalinkan hubungan seks dengan Trump pada tahun 2006. Wanita ini bersetuju mendiamkan diri untuk bayaran tersebut.

Selepas Trump menjadi presiden, Cohen telah membayar wang sebanyak US$35,000 sebulan selama setahun dalam bentuk cek dan kebanyakannya ditandatangani sendiri oleh Trump. Pendakwaraya mengatakan bahawa cek dan rekod perniagaan yang berkenaan dengannya telah dipamerkan sebagai bayaran kepada Cohen untuk tugasnya yang tidak menyalahi undang-undang tapi hakikatnya, mereka sedang membayar Daniels dan benda-benda lain.

Pembelaan peguam Trump

Peguam Trump mengatakan yang perjanjian dengan Pecker dan National Enquirer bukanlah satu perkara yang luar biasa untuk kempen-kempen politik cuba untuk mempengaruhi naratif media tentang seseorang calon. Selain itu, perjanjian yang dibuat oleh Cohen dan Stormy Daniels juga merupakan perkara yang biasa berlaku.

Bagi cek yang ditulis untuk Cohen pula, peguam Trump mengatakan bahawa jawatan Cohen pada ketika itu merupakan peguam peribadi presiden dan dia tela dibayar kerana melakukan kerja-kerja yang mengikut undang-undang untuk Trump. Mereka juga mengatakan bahawa Cohen dan Trump mempunyai perjanjian secara lisan dan bukannya bertulis.

Manakala Trump telah mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya dan menafikan kesemua kesalahan yang dilakukannya. Dia telah menuduh Bragg, seorang ahli Demokrat cuba untuk meneruskan kes ini atas sebab-sebab politik.

Cohen mahu Trump ke penjara

190227 Michael Cohen Hearing 2 Cs 1010A

Cohen ketika perbicaraan mengatakan yang Trump sering menerima update tentang usaha-usaha bagi menutup kisah-kisah panas mengenainya ketika bertanding untuk menjadi presiden pada tahun 2016 dan telah menandatangani sendiri rekod-rekod palsu yang dikaitkan dengan perkara itu.

Selain itu, Cohen mengatakan terdapat tiga contoh yang berlaku di mana dia, Pecker dan penyunting National Enquirer telah bekerja untuk mendapatkan hak ke atas kisah-kisah panas Trump.

Ketika perbicaraan ini juga, juri telah mendengar satu rakaman rahsia yang dibuat oleh Cohen ketika bercakap dengan Trump. Dalam rakaman tersebut, Trump dilihat selesa untuk membeli kisah yang diceritakan oleh seorang wanita bernama Karen McDougal.

Jadi, berapa kita nak bayar untuk ni? 150?”

Tak lama selepas Enquirer membayar kisah McDougal, kisah Daniels telah dikeluarkan. Peguam Daniels telah bercakap dengan Enquirer tentang niat mereka untuk menjual hak tersebut sehari selepas rakaman ‘Access Hollywood‘ dikeluarkan pada Oktober 2016. Di dalam rakaman tersebut, Trump telah bercakap tentang benda yang lucah. Rakaman ini boleh mengancam prospek pilihan rayanya.

Cohen kemudiannya menceritakan tentang rundingan tegang yang melibatkan semua orang iaitu Trump, Cohen, Daniels dan peguamnya serta penyunting Enquirer di mana mereka semua tahu tentang dakwaan seksual Daniels ke atas Trump akan memberikan kesan yang teruk ke atas kempennya.

Cohen kemudiannya telah memasukkan wang sebanyak US$130,000 ke dalam akaun peguam Daniels menggunakan duitnya sendiri pada 28 Oktober 2016.

Semasa testimoninya, Cohen menggambarkan kerjasamanya selama sedekad bersama Trump sebagai satu perkara menakjubkan namun ianya bertukar pahit apabila bayaran rasuah kepada Daniels diketahui ramai.

Dia mengatakan bahawa dia percaya yang dia telah menjadi subjek tekanan kempen oleh Trump dan sekutunya. Disebabkan ini, apabila FBI menyerbu rumah dan pejabatnya pada tahun itu, dia telah membuat pengakuan bersalah atas dakwaan ke atasnya.

Cohen juga mengetahui bahawa dia kini membuat wang dengan mengkritik Trump secara terang-terangan dan mengakui mahu melihat Trump dipenjarakan.

Lelaki ini juga turut mengatakan yang dia telah menipu beberapa kali ketika memberikan kenyataan pada mahkamah dan untuk pertama kali dalam perbicaraan ini, Cohen mengakui yang dia telah mencuri puluhan ribu wang dari Organisasi Trump.

Apa yang akan berlaku ke atas Donald Trump?

Hakim, Merchan telah menetapkan tarikh 11 Julai untuk menjatuhkan hukuman ke atas Trump. Dua telah meminta pihak pembelaan untuk mengemukakan usul sebelum 13 Jun dan pihak pendakwaraya perlu menjawab selewat-lewatnya pada 27 Jun.

Pemalsuan rekod perniagaan ini boleh membawa hukuman maksimum empat tahun dan denda US$5,000 untuk setiap dakwaan. Namun begitu, ada pakar menjangkakan Merchan akan menggunakan pilihan lain seperta dedah, hukuman percubaan atau tahanan rumah.

Sumber: CBS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.