Seorang pramugara telah ditahan kerana cuba merakam video seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang sedang menggunakan tandas dalam kapal terbang, secara rahsia (menghendap).
Pihak polis mengesahkan pekerja American Airlines iaitu Estes Carter Thompson III dari Charlotte, North Carolina, mempunyai rakaman empat gadis lain menggunakan tandas dalam pesawat tempat dia bekerja.
Artikel berkaitan: “Tiba-tiba rasa sebak” – Pramugara Takbir Aidilfitri Dalam Penerbangan Buat Netizen Terharu
Artikel berkaitan: “Elok raya dalam lokap” – Kanak-kanak 28 Bulan Jadi Mangsa Dera Teman Lelaki Ibu
Thompson telah didakwa atas satu pertuduhan cubaan eksploitasi seksual kanak-kanak dan satu pertuduhan memiliki imej penderaan seksual kanak-kanak yang melibatkan remaja bawah umur.
Difahamkan, pramugara itu telah ditangkap pada Januari 2024 di Lynchburg, Virginia dan kini masih dalam tahanan. Peguam yang mewakili Thompson berkata selepas dakwaan dibacakan, dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan.
Guna taktik sorok telefon bimbit
Mangsa yang berusia 14 tahun itu berkata Thompson membantunya dan membawanya ke tandas kelas pertama kerana tandas yang berdekatan dengan mangsa sedang digunakan.
Sebelum mangsa memasuki tandas, Thompson didakwa memberitahunya dia perlu mencuci tangannya dan tempat duduk tandas itu rosak.
Selepas dia beredar, remaja itu memasuki tandas tersebut dan dia melihat pelekat merah di bahagian bawah penutup tempat duduk tandas yang berada dalam kedudukan terbuka.
Di bawah pelekat itu terdapat telefon milik Thompson dan dengan pantas mangsa mengambil gambar telefon tersebut itu diberikan kepada pihak berkuasa.
Ramai lagi mangsa lain
Siasatan akaun iCloud Thompson mendedahkan empat insiden lain antara Januari dan Ogos 2023 di mana Thompson merakam seorang kanak-kanak di bawah umur menggunakan tandas dalam pesawat.
Menurut polis, mangsa yang dipaparkan dalam rakaman itu berusia 7, 9, 11 dan 14 tahun. Keluarga mereka telah dihubungi polis.
Sumber: Independent