Sejak semalam, berlegar di media sosial berita berkenaan seorang pelakon dan penyanyi terkemuka telah ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada Selasa lepas.
Menurut mStar, kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Selangor dan mangsa yang berusia 17 tahun itu mula berkenalan dengan selebriti berkenaan di sebuah kafe di tempat kerjanya.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Siti Kamsiah Hassan berkata, selepas dari pertemuan itu, suspek dan mangsa ada bertemu beberapa kali.
Suspek kemudian dikatakan bertemu dengan mangsa di sebuah hotel sebelum kejadian itu berlaku dan telah melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa.
Menurutnya lagi, suspek kini sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
Artikel berkaitan: Abang Bas Menangis Ketika Didakwa Lakukan Amang Seksual Kanak-kanak
Artikel berkaitan: “Tak rakam, kata fitnah. Korang nak apa?” – Caprice ‘Sekolahkan’ Netizen Tanya Soalan Tak Bijak
Hantaran Caprice tarik perhatian ramai
Buat masa ini, pihak polis tidak mendedahkan siapakah identiti pelakon dan penyanyi tersebut, namun ramai yang mula berteka-teki di ruang komen apabila rappers dan aktivis sosial, Caprice memuat naik isu ini di Instagram miliknya.
Dalam hantaran itu, Caprice berkata, kes melibatkan kanak-kanak bawah umur ini makin meningkat dan ibu bapa perlu proaktif dalam memantau telefon bimbit anak-anak bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku.
View this post on Instagram
Makin banyak pulak kes-kes budak bawah umur. Salute PDRM, Fahmi Fadzil dan SKMM. Ibu bapa perlu lebih proaktif dalam memantau telefon anak-anak mereka.
“Tak kisahlah pelaku artis ke, influencer ke, orang awam ke. Ini perkara serius,” katanya.
Rata-rata netizen di ruang komen dilihat mula berteka-teki akan siapakah selebriti berkenaan, ada juga yang memberikan satu nama yang agak terkenal di dalam industri hiburan.
Walau bagaimanapun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak yang terlibat dan pihak polis juga tidak memberikan sebarang maklumat lain berkaitan suspek yang terlibat dalam kes ini.
Sebaiknya kita tunggu sahaja update terkini daripada pihak polis. Tak baik pula tuduh-tuduh tak ada bukti ni.