in

Positif Covid-19? Ini 9 Cara Nak ‘Claim’ Dari PERKESO

ft positif covid boleh tuntut perkeso

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya kes jangkitan Covid-19 kini dah kembali melonjak naik, kalau kita lihat, ramai orang terdekat kita dah terkena. Kalau boleh mintak elak kena pada kita, tapi malang tak berbau, kalau nak kena tu redha je lah.

Cuma, mungkin ada yang tahu dan mungkin masih belum, bila dah terkena itu kita boleh claim PERKESO. Seorang netizen, @USsyabeill sendiri dah buat tuntutan tersebut selepas dia dijangkiti virus itu.


 

Bagi ikut gaji & masa berapa hari kena quarantine

https://twitter.com/ussyabeill/status/1504036839212339201?s=21

Katanya lagi, tempoh dia mendapat tuntutan tersebut tak lama, hanya seminggu, malah amaun yang akan diperoleh tidak akan sama, lain orang lain jumlahnya. Menurut netizen ini, ia bergantung kepada jumlah gaji kita dan tempoh hari kuarantin.

 

Cara-cara nak mohon

Perlu diingatkan bahawa, tuntutan ini boleh dibuat jika jangkitan itu berlaku di tempat kerja sahaja. Walaubagaimanapun, pencarum yang berusia 60 keatas layak untuk faedah ini walaupun bukan di tempat kerja.

Manakala syarat-syarat lain untuk mereka yang berumur 60 tahun kebawah adalah seperti berikut :

  1. Masih bekerja.
  2. Masih aktif sebagai pencarum Socso.
  3. Dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.

Jadi, mengenai kadar bayaran yang diterima adalah :

( 80% Purata gaji ÷ 30 hari ) x Jumlah hari dirawat / kuarantin )

Memandangkan dah faham serba sedikit, korang boleh terus mohon jika dijangkiti di tempat kerja, cara-caranya:

  • Klik pada pautan https://faedah.perkeso.gov.my/
  • Log masuk
  • Isi Borang 34 (sediakan dokumen-dokumen di bawah)
  • Sijil cuti sakit yang asal
  • Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
  • Laporan pengesahan positif Covid-19
  • Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
  • Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
  • MC atau surat kuarantin dari KKM

 

Baca : “Kononnya meninggal awal tahun 2019” – Wanita Palsukan Kematian Suami Demi Dapat Pampasan PERKESO RM26,000

palsu kematian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.