in

Portugal Bakal Iktiraf Palestin Sebagai Negara Berdaulat

2por

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Portugal mengumumkan akan mengiktiraf Palestin secara rasmi pada 21 September ini, menurut kenyataan Kementerian Luar negara itu. Langkah tersebut dibuat menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bakal berlangsung minggu depan di New York.

Screenshot 2025 09 20 at 1.15.29 PM

Memetik laporan Astro Awani, pengumuman itu menandakan Portugal sebagai negara terbaharu menyertai gelombang sokongan terhadap Palestin, selepas sebelum ini menyatakan hasrat pada Julai berikutan kebimbangan terhadap konflik yang berlarutan serta krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza.


Beberapa negara barat lain, termasuk Belgium, Perancis dan United Kingdom dijangka turut mengambil langkah sama semasa perhimpunan berkenaan. Perancis sebelum ini menyatakan kesediaannya, manakala Britain memberi isyarat akan bertindak jika keadaan kemanusiaan di Gaza tidak bertambah baik.

Perhimpunan Agung PBB kali ini dijangka menumpukan kepada usaha mengukuhkan penyelesaian dua negara bagi meredakan konflik Israel-Palestin. Tekanan antarabangsa semakin meningkat berikutan kemusnahan dan penderitaan yang berpanjangan di Gaza.

Screenshot 2025 09 20 at 1.14.09 PM

Untuk rekod, lebih 65,000 penduduk Palestin terkorban akibat serangan Israel, dengan sebahagian besar kawasan Gaza musnah. Setakat ini, hampir tiga perempat negara anggota PBB telah mengiktiraf Palestin, termasuk Ireland, Sepanyol dan Norway pada tahun lalu.

Baca: “Pintu neraka sedang terbuka” – Israel Beri Amaran Teruskan Serangan, Bunuh 51 Penduduk Gaza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.