Tak bahayakan pengguna jalan raya ke?
Begitulah persoalan paling banyak dilontarkan oleh pengguna media sosial selepas tular satu video menampakkan ada sosok pontianak berdiri di atas sebuah papan iklan di negara jiran, Indonesia.
https://www.instagram.com/p/Ci2FTkYNuqK/
Siasat punya siasat, rupanya pontianak terbabit hanyalah patung dan dijadikan prop pemasaran bagi mempromosikan sebuah filem seram berjudul Pamali. Kalau nak tahu, filem ini sudah pun ditayangkan di negara seberang.
Memetik sumber, patung pontianak terbabit memang sengaja dipacakkan di atas billboard besar yang mempromosikan filem seram baharu, Pamali. Kalau korang nak tahu, filem Pamali ini diadaptasi daripada sebuah permainan video online berjudul sama. Siapa ada Steam account tu boleh lah try test download and main.
Setakat artikel ini ditulis video memaparkan patung pontianak lengkap berpakaian putih lusung dan berambut panjang itu sudah ditonton lebih tiga juta kali.
Meskipun ramai yang memuji tindakan kreatif team pemasaran filem seram terbabit dalam mempromosikan filem mereka, tak kurang juga ada yang mengecam kerana beranggapan ia boleh membahayakan pengguna jalan raya.
“Jangan kata malam, siang pun kalau orang ternampak, silap haribulan accident sebab terkejut,” komen netizen.
“Tolong maklumkan pada pemilik iklan supaya turunkan pontianak tu sebab menganggu penduduk setempat dan mungkin membahayakan pengguna jalan raya,” tulis yang lain pula.
Sumber: Giwangkara
Baca: Seram! Penampakan Kelibat Pontianak Di Gelanggang Badminton, Tetapi Ini Reaksi Netizen…