in

Pomen Minta Tukar Chamber Nut? Ini Aspek Yang Perlu Diteliti Dulu

ft chamber nut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ada yang tak alert dalam bab kereta, tetapi ia sebenarnya memainkan peranan penting jika ingin menukar tayar kereta kelak supaya tidak termakan dengan ‘umpan ‘ pomen tu.

Lebih-lebih lagi musim perayaan bakal menjelang tiba. Diharap perkongsian ini dapat membantu kita untuk tahu serba sedikit mengenai hal-hal kereta ni.


Menerusi perkongsian daripada Twitter @carputapp, mereka memberikan sedikit tips samada perlu atau tidak seandainya pomen meminta kita untuk menuka Chamber nut ketika nak tukar tayar.

Chamber nut

FLIaYoaVIAARydC

Menurutnya, Chamber nut atau Chamber bolt ini berfungsi untuk melaraskan sudut tayar, apabila dilaraskan dengan betul, ia boleh mengakibatkan tayar makan luar/dalam. Kebiasaanya, ia akan diganti jika kita ada modify kereta.

“Nak kangkang kan tayar, chamber kena ganti dengan jenis ‘adjustable’. Kalau yang original, chamber nut tak boleh adjust. Atau kemungkinan lain juga, bila kereta langgar lubang/lopak yang besar. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada chamber nut.”

Jadi, kalau lah disarankan oleh pomen, perlu ke kena tukar?

FLIdnTJacAEFZuP 1

Menurut mereka, sebaiknya ia tidak perlu tukar dulu. Sebaliknya, buat sahaja alignment seperti biasa.

“Bila dah tukar tayar, dah buat alignment ada masalah, baru bawa ke bengkel untuk checking lagi. Kenapa kami tak suggest untuk tukar terus?

1. Sebab chamber nut ini jarang rosak
2. Elakkan membeli harga premium”

Menurutnya, ada sesetengah bengkel kereta meletakkan harga cas sehingga RM50-60 sebiji sedangkan kos asal tak sampai RM 10 pun. Malah ada bengkel yang cuba ambil kesempatan ‘ketuk’ pelanggan mereka

Tujuan mereka memberikan perkongsian ini hanya sekadar peringatan kepada kita semua untuk elakkan daripada tukar barang yang masih elok digunakan.

Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 5,000 jumlah retweets dan rata-rata netizen terbuka mata mengenai hal ini dan ada pernah terkena sebelum ini.

 

Baca : Siasat ‘Pagar Zink Biru’ di Lebuhraya Salak, Netizen Terkejut Jumpa ‘Kubur Kereta’

pagar

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.