in

Polis Temui Telefon Bimbit Dipercayai Milik Nur Farah Kartini Dekat Tali Air

Ft Telefon Bimbit Dipercayai Milik Farah Kartini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM berjaya menemui sebuah telefon pintar yang dipercayai milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dalam tali air yang terletak di jalan Sri Kledang, Felda Gedangsa sebentar tadi.

Ia ditemui kira-kira dalam  jam 12.21 tengahari selepas hampir sejam penyelam menjalankan pencarian di sekitar kawasan tali air berkenaan.


Artikel berkaitan : Jenazah Nur Farah Kartini Akan Dituntut Hari Ini, Bakal Dikebumi Di Pekan

Artikel berkaitan : “Silap anak saya, dia ambil tindakan sendiri” – Bapa Suspek Bunuh Nur Farah Kartini

Dalam pada itu, suspek kemudiannya dilihat dibawa keluar dari sebuah kenderaan polis bagi membuat pengecaman telefon pintar berkenaan.

Screenshot 2024 07 17 130031

Sumber Buletin TV3 melaporkan bahawa, operasi pencarian masih diteruskan di sekitar kawasan kejadian dibantu anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Operasi pencarian bahan bukti di sekitar lokasi dijalankan anggota dari Unit Forensik PDRM sejak jam 10 pagi tadi.

Difahamkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dijangka tiba di lokasi pencarian dalam masa terdekat bagi mengadakan sidang media.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.