in

Polis Siasat Video Tular Lelaki Meluncur Turun Bukit Di Pulau Pinang

incollage save

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis sedang menyiasat satu rakaman yang memaparkan aksi berbahaya seorang lelaki meluncur dalam keadaan berbaring dipercayai di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam rakaman berdurasi 50 saat itu, lelaki tersebut dengan beraninya telah meluncur menuruni bukit dan selekoh di hadapan kenderaan lain sekaligus mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.


Ketua Polis daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya memandang serius aktiviti yang dilakukan individu itu yang berbahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain, lapor Astro Awani.

Artikel berkaitan: Ikan Paus Buat ‘Cameo’ Ketika Acara Luncur Air Di Sukan Olimpik Paris 2024

Artikel berkaitan: Sam Ke Ting Bebas, Ini Kronologi Penuh Insiden Maut Libatkan 8 Remaja Basikal Lajak

 

Meluncur
Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang lelaki meluncur di tengah jalan.

Kamarul berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas dan kes di siasat mengikut Seksyen 3 (1) kaedah-kaedah kawalan lalu lintas jalan (larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti) 2021.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan Polis Barat Daya di Talian 04-8664122.

Selain itu, saksi juga boleh berhubung terus dengan pegawai Penyiasat kes Inspektor Noor Amera Mohd Nawi di talian 013-3312026.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.