in

Polis Siasat Kejadian 5 Wanita Bergaduh Di Sebuah Taman Perumahan

jiran bergaduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial rakaman CCTV kejadian beberapa orang wanita bergaduh di hadapan rumah di sebuah taman perumahan.

Lebih menarik perhatian apabila pergaduhan individu-individu tersebut telah membabitkan penyapu, gayung dan penyodok sampah.


Terkini, Harian Metro melaporkan bahawa pihak polis kini sedang menyiasat kejadian berkenaan.

pergaduhan antara jiran

Artikel Berkaitan: “Tengok Kanan Rumah Mak, Tengok Kiri Rumah Mentua”- Wanita Kongsi Pengalaman Seronok Berkahwin Dengan Jiran

Artikel berkaitan: Wanita Terkejut, Halaman Rumah Diguna Oleh Jiran Untuk Tanam Cili Tanpa Minta Izin

Menurut pihak polis, kejadian tersebut telah terjadi di taman perumahan di Bukit Gambir di Tangkak, Johor.

Kejadian itu yang berlaku sekitar jam tujuh pagi dan ia difahamkan telah dirakam oleh CCTV.

Siasatan polis mendapati perselisihan faham antara jiran di taman perumahan itu menjadi punca pergaduhan itu.

Selain itu, mereka yang terbabit dalam kejadian itu juga telah dikenal pasti oleh pihak polis.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.