Baru-baru ini, tular sebuah gambar yang memaparkan sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang dipercayai untuk menghantar pelajar ke sekolah.
Menurut laporan Kosmo!, kejadian itu dipercayai berlaku di Setia Alam, Shah Alam dan tindakan itu difahamkan untuk menghantar pelajar berkenaan di sebuah sekolah swasta berdekatan.
Polis siasat helikopter mendarat hantar pelajar ke sekolah
Tindakan sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang berhampiran taman perumahan berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 cetus suasana gempar dalam kejadian pada 17 April lalu.
Ini adalah bebenang pic.twitter.com/HSAwaKoew5
— Yon (@Amrlamnnn) June 13, 2023
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pesawat itu mendarat di kawasan tanah lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 pada 17 April lalu.
“Helikopter berkenaan dipercayai mendarat selama 15 minit, kira-kira pukul 8 pagi di kawasan tersebut.
Satu laporan polis dibuat oleh Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan ketenteraman Awam (KBKDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi tindakan lanjut,” katanya.
Difahamkan, kes ini telah diklasifikasikan sebagai Refer Other Agency (ROA) kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini, gambar itu tular di media sosial dan kelihatan seorang kanak-kanak berjalan di samping juruterbang helikopter berkenaan.
Baca: Orang Ramai Puji Frontliner Sanggup Redah Banjir Untuk Ambil Stok Vaksin Dari Helikopter