Polis sahkan 4 daripada 5 ekor kucing yang ditemui mati di Universiti Malaya (UM) adalah akibat gigitan haiwan dan tiada unsur penderaan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, ia hasil bedah siasat dan pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
Artikel berkaitan : Seekor Lagi Kucing Ditemui M*ti Di IPTA Selepas SPCA Tawar RM10K Untuk Cari Pelaku
Aritkel berkaitan : Tesla Cybertruck M*letup Depan Hotel Trump, Seorang Terbun*h & 7 Cedera
“Hasil siasatan dan bedah siasat oleh DVS menunjukkan dua bangkai kucing yang ditemui pada 17 Disember lalu, kematiannya berpunca daripada gigitan haiwan dipercayai serangan anjing, tiada unsur penderaan.”
“Bedah siasat untuk dua bangkai kucing yang ditemui pada 20 dan 25 Disember lalu juga tidak menemukan sebarang unsur penderaan manusia pada kedua-dua bangkai kucing terbabit.”
“Bedah siasat mendapati punca kematian dua kucing itu akibat kecederaan parah pada bahagian toraks atau dada yang mengakibatkan luka dan pendarahan di bahagian jantung seterusnya menyebabkan kekurangan darah serta kegagalan sistem peredaran darah.”
Tambahnya lagi, kesan kecederaan pada bangkai kucing yang ditemui pada 20 Disember lalu dikesan pada 3 kaki yang kesemuanya adalah kesan koyak tidak sekata, tulang kaki patah tidak sekata dan bukan berpunca daripada sebarang objek tajam.
“Manakala bangkai kucing yang ditemui pada 25 Disember 2024 mengalami patah tulang rusuk kiri selain kesan koyakan pada jantung yang selari berpunca dari tusukan rusuk yang patah dan terdapat tiga luka koyakan yang berbeza pada bahagian perut.”
Katanya, sebanyak 11 rakaman percakapan polis sudah ambil daripada pensyarah, penuntut, polis bantuan, aktivis haiwan dan doktor veterinar.
“Untuk kes kelima, bangkai kucing sudah diserahkan kepada DVS dan proses bedah siasat akan dijalankan dalam masa terdekat dengan tiga individu sudah dirakam percakapan terdiri daripada pengadu, rakan pengadu dan kakitangan keselamatan di universiti terbabit.”
“Untuk kes kelima, siasatan masih diteruskan dengan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan selain siasatan oleh DVS mengikut Akta Kebajikan Haiwan.”
“Rakaman CCTV yang ada hanyalah rakaman yang menunjukkan kehadiran sekumpulan anjing liar antara empat hingga lima ekor berhampiran tempat kejadian.”
Tegasnya lagi, pihak polis serta DVS sedang dalam perbincangan dengan pihak universiti untuk membendung kemasukan anjing liar di kampus.
Terdahulu, Azry Akmar memaklumkan polis menerima lima laporan berhubung penemuan lima bangkai kucing, masing-masing pada 17, 20, 21 dan 25 Disember lalu dan laporan terbaharu diterima.
Sumber : Berita Harian