Ingat tak sebelum ni admin ada post pasal kisah seorang budak terkencing dalam KTM dan ibu bapanya dapat kecaman orang ramai sebab dikatakan telah ‘buka seluar budak tersebut dan suruh anaknya kencing atas kerusi’?
Well semalam, ibu kepada anak kecil tersebut telah membuat penjelasan demi untuk membersihkan namanya yang telah difitnah.
Menerusi perkongsian Norasikin Samsudin di Facebook, dia mengaku tidak membuka seluar anaknya dan suruh budak itu kencing di kerusi tren tetapi ada perkara lain yang berlaku semasa di atas tren tersebut.
“Terima kasih buat semua yang maki, hina family saya, hampa semua tak tahu benda betul hampa boleh maki macam-macam”
Menurut Norasikin, kedua-dua anaknya itu memang tak pakai pampers dan memang sebelum itu dia sudah membawa kedua-dua budak tersebut untuk membuang air kecil sebelum naik KTM.
“Yang kata saya buka seluar anak saya itu tidak benar, saya sudah buat laporan di KTM”
Tapi dah nama pun budak-budak kan, ketahanannya tak sama macam orang dewasa. Kalau nak terlepas, terlepas juga…
“Polis cakap tak apa benda kecil, budak kencing bukan orang dewasa kencing”
Tak cukup dengan tu, Norasikin dan suaminya juga telah berjumpa dengan pihak KTM dan polis untuk memaklumkan hal ini.
Sehubungan dengan itu, Norasikin meminta supaya orang ramai berhentilah dari viral cerita tak betul mengenai anaknya itu. Dia dan suaminya juga telah membuat laporan polis akan kejadian ni dan dengarnya akan membuat tuntutan saman malu kepada yang terbabit.
Oleh itu, eloklah kita dengar kisah daripada kedua-dua belah pihak sebelum buat conclusion masing-masing.
Baca: Lepas Tengok Apa Jadi Kat KTM, Memang Terbukti Orang Malaysia Masih Mentaliti Kelas Ketiga