Seorang anggota polis trafik berpangkat Sarjan diambil tindakan kerana memiliki wang tunai bernilai RM3,313 di dalam kereta ketika sedang menjalankan tugas OP Alkohol.
Ketua Polis Selangor, Dato’ Hussein Omar Khan mengatakan, pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) turut menemui wang tunai bernilai RM440.
Artikel berkaitan : Anggota Polis Trafik Bantu Pakcik Hidupkan Motor Di Tepi Jalan Raih Pujian Ramai
Artikel berkaitan : Tular Rakaman Vlogger Dari Australia Pula, Polis Minta Bayar Saman ‘Diskaun’ RM100
Menurutnya, penemuan wang itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi pada 4 Februari lepas dan satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka ekoran pemeriksaan dan laporan polis untuk mengenal pasti sebarang perbuatan rasuah atau pelanggaran prosedur trafik.
Sarjan polis disiasat selepas pasukan JIPS Bukit Aman menemui wang tunai RM3,313 dalam keretanua ketika mengadakan sekatan jalan raya Op Alkohol di Petaling Jaya 2.30 pagi tadi- Ketua Polis Selangor
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) February 4, 2024
Tegasnya, kesemua anggota trafik yang terlibat dalam siasatan ini akan dikeluarkan dari bahagian penguatkuasaan sehingga siasatan selesai.
Sumber : X