in

Polis Nafi Kemalangan Kerap Berlaku di Karak Disebabkan Gangguan Makhluk Halus

Page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai kisah mistik di Karak kita dengari sejak dari dulu, malah banyak kemalangan dilaporkan berlaku di kawasan itu dan dikaitkan dengan gangguan makhluk halus.

Karak1
terowong yang dikatakan berhantu di lebuh raya karak.

Namun, pihak polis baru-baru ini menafikan bahawa kemalangan yang kerap berlaku disebabkan kawasan tersebut yang ‘keras’ sebaliknya disebabkan pemandu yang keletihan sehingga hilang fokus pemanduan.


Menurut Ketua Polis Bentong Superitenden Mohd Mansor Mohamad, daripada kajian kes, punca kemalangan adalah disebabkan sikap pemandu yang memandu laju melebihi had kelajuan ditetapkan.

Memandu dalam keadaan letih juga boleh menyebabkan pemandu hilang fokus dan mengakibatkan kemalangan. Pemandu jangan sesekali hilang fokus dan berkhayal,” katanya.

Selain itu, badan penguat kuasa turut berkata, kereta yang dipandu laju dan tidak diselenggara dengan sempurna juga menjadi antara penyebab kepada kemalangan yang berlaku.

Karak0
kisah volkswagen kuning sering dikaitkan dengan lebuh raya karak.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Mohd Zulkhairi Adek Awang dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Zainal Abidin Nong Chik juga turut menyokong kenyataan itu.

Kedua-dua mereka menyangkal dakwaan kemalangan yang kerap berlaku disebabkan pemandu ternampak kelibat atau diganggu. Menurut mereka, sikap pemandu yang tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi adalah penyebabnya.

Apabila mereka letih, mudah mengantuk dan menyebabkan mereka berhalusinasi nampak kelibat,” kata Mohd Zulkhairi.

Zainal Abidin juga akui bahawa tiada anggota yang pernah alami gangguan mistik selepas melakukan misi menyelamat kemalangan selama ini.

Karak4
gambar ketika kemalangan bas terhumban di lebuh raya karak pada tahun 2013. Sumber: astro awani
Karak5
gambar ketika kemalangan bas terhumban di lebuh raya karak pada tahun 2013. Sumber: astro awani

Jadi, dah boleh lah buang stereotaip korang tentang kemalangan dan hantu di Karak tu eh.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.