in

Polis Kini Buru Geng Baling Mercun Dalam Rumah Orang Sampai 2 Cedera

polis buru baling mercun cedera

Beberapa hari lalu, tular video di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu disyaki bermain mercun dan menghalakan ia ke rumah jiran berdekatan hingga mengakibatkan dua mangsa cedera.

Menurut Astro AWANI, kejadian berkenaan berlaku di Kampung Changkat, Gombak pada 31 Mac lepas.

Menerusi video itu, dapat dilihat individu yang bermain mercun berkenaan telah menghalakan ia ke sebuah rumah dan dapat didengari juga jeritan penghuni rumah tersebut mengerang kesakitan.

Dalam satu video lain, individu yang merakam memaklumkan ‘geng’ yang bermain mercun tersebut ramai tapi kebanyakannya melarikan diri selepas ‘diserang’.

Ramaikan? Tapi bila datang serang sana semua lari. Sedangkan ramai macam ni, boleh tak ada mak ayah yang mengaku anak-anak main?” tulisnya.

2 cedera, polis kini buru suspek main mercun 

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad berkata, pihak mereka telah mengesan rakaman video kejadian berkenaan yang tular sejak dua hari lepas, yang mana menyebabkan dua mangsa cedera.

Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 12.05 tengah malam pada 31 Mac lepas menyebabkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 19 dan 24 tahun cedera di paha dan telinga,” katanya.

Menurut pihak polis, usaha mengesan suspek kini masih diteruskan dan kes telah disiasat mengikut Seksyen 435/324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Nur Atikah Adnan di talian 018-3648044 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Baca: “Biadap!” – Tindakan Sekumpulan Remaja Baling Mercun Ke Dalam Rumah Penduduk Dikecam Netizen

mercun