in

Polis Kelantan Serbu Parti ‘Songsang’ Dihadiri Hampir 100 Lelaki, Ratusan K*ndom & Ubat HIV Dirampas

parti gay kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu serbuan mengejut dilakukan oleh polis Kelantan di sebuah rumah banglo di Kemumin, Pengkalan Chepa yang menjadi sarang untuk kumpulan songsang berkumpul yang dipercayai disertai hampir 100 lelaki, pada bulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, serbuan dilakukan pada jam 1 pagi hasil maklumat awam dan intipan yang dilakukan oleh pasukan khas.


Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di dalam banglo berkenaan menemui ratusan kondom serta ubat berkaitan HIV.

Artikel berkaitan: 44% Penghidap HIV Dari Kalangan Pelajar Universiti

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Berbilang Kaum Kurang Senang Bila Restoran ‘Thai Hot Guys’ Dibuka Di KL

Bagaimanapun, Mohd Yusoff berkata, ketika serbuan dilakukan, puluhan lelaki sudah pulang dan hanya 20 orang yang ditahan.

20ntpolis1 1730179414

“Kita percaya pertemuan itu diadakan untuk hubungan terlarang berhubung penemuan kondom dan ubat HIV, namun aktiviti itu belum lagi dilakukan,” katanya.

Tambahnya, hasil soal siasat mendapati mereka mengaku merupakan sebahagian daripada komuniti gay serta penghidap HIV dan menganjurkan majlis tersebut secara percuma dengan promosi dilakukan menerusi media sosial.

“Daripada 20 lelaki berkenaan, tiga daripadanya kita berjaya tuduh di mahkamah memandangkan terdapat video hubungan terlarang lelaki sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka.

“Kesemua mereka yang menyertai pertemuan itu adalah orang Kelantan dan masing-masing mempunyai pekerjaan. Majlis pertemuan itu juga dimuat naik di media sosial untuk menarik lebih ramai peserta,” katanya.

Tambah beliau, polis akan menjalankan pemantauan berterusan dan ini adalah kes yang pertama berlaku di negeri itu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.