in

Polis Indonesia Dakwa Peserta Demonstrasi Diberi Upah Cecah RM51

peserta demonstrasi indonesia diberi upah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebahagian peserta demonstrasi ganas yang berlangsung di Jakarta dari 25 hingga 31 Ogos lalu, dipercayai telah diumpan dengan bayaran wang tunai, kata polis Indonesia.

Menurut Ketua Bahagian Humas Polda Metro Jaya, Komisioner Besar Ade Ary Syam Indradi, pihaknya kini sedang menyiasat individu atau pihak yang disyaki memberikan imbuhan wang tunai, lapor portal berita Kompas.


Beri upah kepada kanak-kanak dan orang dewasa

Katanya, peserta yang hadir menyertai aksi demonstrasi didakwa dibayar antara Rupiah 62,500 (RM16) hingga Rp 200,000 (RM51), termasuk kepada kanak-kanak dan dewasa.

Artikel berkaitan: “Apa Yang Berlaku Sebenarnya?” – Kronologi Di Sebalik Kejadian Rusuhan Di Indonesia

Artikel berkaitan: “Begini rasanya disayangi dunia” – Bukan Saja Dari Malaysia, Serata Dunia Kini Kirim Makanan Buat Pemandu Ojol Indonesia

“Ada beberapa pihak yang sedang disiasat kerana dipercayai menawarkan imbuhan wang kepada kanak-kanak dan orang dewasa untuk hadir melakukan tindakan (demonstrasi),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polda Metro Jaya, pada Selasa.

MGF26082025 INDONESIA PROTES 03

Menurut pihak berkuasa Indonesia, kes berkenaan telah dibawa ke peringkat siasatan selepas polis memperoleh empat jenis bukti utama, termasuk keterangan daripada 22 saksi, dokumen, petunjuk serta keterangan pakar.

Sementara itu, kerajaan Indonesia menganggarkan nilai kerugian akibat siri demonstrasi dan rusuhan yang melanda beberapa wilayah di negara itu mencecah hampir Rp900 bilion (RM285 juta) dengan Jawa Timur dilaporkan mengalami kerosakan paling teruk.

Anggaran itu membabitkan pelbagai kemudahan awam dan infrastruktur yang rosak atau musnah seperti bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) yang dibakar, gerbang tol dan hentian pengangkutan awam.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.