Sejak bulan lepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos diburu pihak polis dan masih belum dijumpai. Jamal yang ketika itu menjalani rawatan sakit belakang di Hospital Pakar Ampang Puteri tiba-tiba hilang dari hospital. Kehilangan Jamal disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam pada jam 5:30 petang.
Menurut Sinar Harian, Jamal sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak tahun lalu. Mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya yang dilakukan di hospital, Jamal tak dapat dikesan lepas katanya beredar keluar ke Tabung Haji untuk keluarkan wang.
Sebelum ini Jamal didakwa telah melarikan diri ke Pulau Kariman, Indonesia namun pihak polis enggan mengesahkan berita tersebut. Terkini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa Jamal memang berada di Indonesia dan lokasinya juga dah dikenal pasti!
“Kita telah bekerjasama dengan Polis Indonesia dan semuanya berjalan lancar.”
“Mereka (Polis Indonesia) telah berikan bayangan tindakan susulan untuk menahan Jamal. Kita akan ambil tindakan dan bawa beliau balik ke Malaysia,” kata Muhyiddin lagi ketika ditemui dalam Majlis Aidilfitri di Bukit Aman.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa turut hadir di majlis tersebut.
Kata nak pergi Tabung Haji je, tengok-tengok dah sampai ke Indonesia. Jauh Jamal keluarkan duit ye…
Baca: Jamal Kantoi Lari Ke Indonesia