Macam yang korang semua tahu, hari ini merupakan hari keputusan perbicaraan bagi kes SRC International Datuk Seri Najib Razak.
Pihak media telah pun berkampung di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak jam 4 pagi tadi dan setakat ini, mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman bersalah kepada DS Najib atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.
Seramai lebih kurang 300 ke 400 penyokong Najib sedang menunggu di luar mahkamah sementara menunggu keputusan enam lagi pertuduhan lain iaitu tiga berkaitan pecah amanah dan tiga lagi mengenai penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Disebabkan tiada penjarakan sosial yang dilakukan di luar mahkamah, seorang wartawan Awani Firdaus Azil kongsikan video pihak polis telah bertindak memberi amaran agar orang ramai membuat penjarakan sosial sekiranya tak nak tindakan tegas diambil ke atas mereka.
Sementara itu, polis sudah memberi amaran menggunakan loudhailer kepada penyokong di luar kompleks untuk melakukan penjarakan sosial atau berdepan tindakan tegas. #KesNajibRazak pic.twitter.com/I0r2ZBTbwr
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 28, 2020
Tak cukup dengan itu, pihak polis turut membuat persiapan meningkatkan kawalan di sekitar kawasan mahkamah bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang keputusan pertuduhan dibacakan.

Baca: [Terkini] Datuk Seri Najib Tun Razak Didapati Bersalah Kes Salah Guna Kuasa Dana SRC International

