in

Polis Bantuan Prasarana Cekap, Suspek Gangguan Sek*ual Diberkas Kurang 24 Jam

Polis Bantuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes gangguan seksual di dalam tren berjaya ditahan oleh pasukan Polis Bantuan Prasarana dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan dibuat.

Menurut kenyataan Rapid Rail, tangkapan tersebut dibuat susulan laporan saksi pada 8 April 2026 yang mendakwa seorang lelaki telah mengganggu seorang penumpang wanita di dalam tren Laluan Kelana Jaya.


Katanya, suspek merupakan warga asing berusia sekitar 19 tahun yang ditahan ketika operasi mengesan dijalankan.

Siasatan awal mendapati suspek yang ditahan juga dipercayai terlibat dalam satu lagi kes gangguan seksual yang berlaku di Stesen Kuchai, Laluan Putrajaya,” katanya.

3463960
Gambar hiasan

Artikel berkaitan: Seorang Lelaki Ditahan Terlibat Kes Gangguan Seksual Di Stesen MRT Kajang

Artikel berkaitan: Trend Peningkatan Kes Keganasan & Gangguan S*ksual Kanak-Kanak Melibatkan Penjaga Membimbangkan

Rapid Rail memaklumkan, tindakan pantas pasukan Polis Bantuan Prasarana yang berjaya mengesan dan menahan suspek dalam tempoh singkat mencerminkan tahap kesiapsiagaan serta kecekapan dalam memastikan keselamatan pengguna.

Suspek telah dibawa ke Balai Polis Sri Petaling untuk tindakan lanjut dan Rapid Rail akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan.

“Rapid Rail selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL menyeru semua pengguna agar segera membuat laporan kepada pegawai stesen atau anggota Polis Bantuan Prasarana sekiranya melihat atau menjadi mangsa sebarang gangguan supaya tindakan pantas dapat diambil,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.22 malam.

“Mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 22 tahun yang bekerja sebagai terapis kecantikan di Sunway Velocity.

“Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa didatangi dari arah belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali sebelum suspek bertindak memeluknya,” katanya.

Sumber: FB Rapid KL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.