Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai kisah sebatang pokok tualang berusia lebih 120 tahun di Jalan Gua Musang, Kelantan telah ditebang untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 2A.
Difahamkan, kedudukan pokok tualang dengan tinggi sekitar 60 meter itu berada tepat di atas jajaran jalan yang sedang dibina.
Buat masa ini, difahamkan lagi pihak kontraktor utama kini sedang memantau rapi pokok tersebut.
Pokok tualang itu akan dilupuskan tidak lama lagi dengan cara dikambus di kawasan Sungai Bayu, lapor Harian Metro.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Akhirnya Rebah! Lebih 40 Individu Berjaya ‘Tumbangkan’ Pokok Tualang Kebal Di Gua Musang
Artikel berkaitan: Gara-gara Lori Kontena, 70 Tiang Elektrik Tumbang Di Thailand
Difahamkan lagi, pihak mereka juga telah mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Perhutanan berhubung perkara tersebut.
Dalam masa yang sama, pihak Sahabat Alam Malaysia (SAM) pula meluahkan kekecewaannya mereka apabila pokok tualang yang berusia lebih 120 tahun itu ditebang kerana pokok itu adalah sejenis pokok yang tinggi nilainya dari segi perubatan dan ekologi, lapor Sinar Harian.
Selain itu, pokok itu juga menjadi lambang kekayaan biodiversiti tempatan.
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian
